Kitab Pengetahuan Bahasa

RM160.00

Sumber& Keunggulan:

Naskhah Dasar; Naskhah yang dicetak pada 10 hari bulan Rejab 1348H, bersamaan dengan 11 hari bulan Disember Miladiyah 1929 di Matba’ah al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan, Singapura (Kitab Pengetahuan Bahasa:475)

Kitab Pengetahuan Bahasa merupakan karya kedua Raja Ali Haji tentang bahasa Melayu, yang dihasilkannya (berdasarkan catatan pada naskhah kajian) pada tahun 1275H/1858M, iaitu kira-kira lapan tahun sesudah karyanya yang pertama tentang bahasa Melayu, Bustan al-Katibin (1267H/1850M). Namun, Kitab Pengetahuan Bahasa mula dicetak kira-kira 69 tahun kemudian (seperti yang tercatat pada awal naskhah kajian), iaitu pada tahun 1345 Hijrah atau tahun 1927 Masihi dan selesai percetakannya pada tahun 1348 Hijrah atau 1929 Masihi (seperti yang tercatat pada hujung naskhah kajian). Dalam Kitab Pengetahuan Bahasa, prinsip yang sama juga telah diterapkan dalam huraian tentang perbendaharaan kata bahasa Melayu, iaitu meletakkan kedudukan sesuatu dari segi martabat kewujudan, kejadian dan kemuliaan pada tempatnya yang tepat dan wajar. Raja Ali Haji, sesudah menghuraikan dengan ringkas nahu bahasa Melayu berdasarkan konsep, istilah dan huraian nahu bahasa Arab, telah menghuraikan pula makna dan penggunaan kosa kata bahasa Melayu, iaitu bermula daripada perkataan yang berhuruf atau berabjad alif, tetapi sayang hanya sehingga yang berabjad ca sahaja dan tidak sehingga ke akhir abjad, iaitu perkataan yang berabjad ya ̄’.

Category:

Kulit Keras (kulit asli Bonded Leather)

Saiz: 6″x9″

Kertas: Long Life 80 gsm bebas asid & tahan lama

Terbit: 2010 (ISBN 983-9510-15-7)

Pengkaji: Hashim Musa, Ph.D.