Hikayat Pocut Muhamat

RM180.00

Sumber& Keunggulan:

Naskhah Dasar; Naskhah asal dalam bahasa Aceh-Hikayat Pocut Muhamat (Manuskrip Jakarta Dj. 48), yang tersimpan di Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda.

Hikayat Pocut Muhamat mungkin dapat digolongkan dalam senarai epik Aceh yang awal, seperti Hikayat Teungku di Meuke, Hikayat Malim Dagang dan Hikayat Meukuta Alam. Snouck Hurgronje(1985), seorang orientalis Belanda yang banyak menyelidik dan menulis tentang budaya Aceh (abad ke-19), semasa membuat penilaiannya tentang epik ini mengibaratkannya sebagai “sebutir permata dalam sastera Aceh” (the gem of Achehnese literature), malah kita rasa mungkin dalam sastera Indonesia juga. Dalam masyarakat Aceh, karya epik ini (dikarang dalam bentuk puisi, hatta disebut sebagai puisi epik atau puisi heroik) merupakan genre sastera Aceh yang paling original, baik dari segi bentuk mahupun isinya; malah, menurut Snouck Hurgronje, puisi epik tersebut mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada karya-karya sastera Aceh yang lain. Malah dalam konteks karya-karya epik Aceh yang lain pun, Hikayat Pocut Muhamat boleh dianggap sebagai epik yang terulung.

Category:

Kulit Keras (kulit asli Bonded Leather)

Saiz: 6″x9″

Kertas: Long Life 80 gsm bebas asid & tahan lama

Terbit: 2011 (ISBN 983-9510-16-4)

Pengkaji: Noriah Taslim, Ph.D. dan Nur’ainy Muhammad Ali