Hikayat Inderaputera

RM180.00

Sumber& Keunggulan:

Naskhah Dasar; MS Leiden HS.542 (Or.53) yang tersimpan di Perpustakaan Koninklijk Institut Voor Taal-,Land-en Volkenkunde di Leiden, Belanda.

Karya agung Melayu genre cerita lipur lara yang sangat terkenal dan tersebar luas pada abad ke-17 hingga ke-19, terbukti dengan terdapatnya naskhah karya ini dalam versi-versi Aceh, Jawa, Lombok, Bugis, Makasar, Cam (Kemboja) dan Mindanao (Filipina). Sejumlah 30 naskhah diketahui masih ada, terpelihara di Perpustakaan Belanda, Great Britain, Jerman, Perancis, Belgium, Sri Lanka, Indonesia dan Malaysia. Menurut Pengkaji, karya ini tinggi mutunya, baik dari segi bentuk yang sempurna, mahupun isi yang penuh bermakna dan pengaruh yang mendalam terhadap pembaca. Selain penelitian menurut ilmu filologi, karya ini juga dilihat sebagai karya simbolik, yakni sebuah contoh karya alegori sufi. Inderaputera watak utama hikayat ini diandaikan sebagai seorang pengembara sufi mencari kebenaran Ilahi. Disamping kisah percintaan dan pengembaraan karya ini merupakan sebuah karangan yang penuh dengan nada mengajar dan sebuah epik yang menyanjung seorang wira yang memusnahkan bermacam-macam rintangan sebelum mengasaskan dinasti raja tempatan.

 

Category:

Kulit Keras (kulit asli Bonded Leather)

Saiz: 6″x9″

Kertas: Long Life 80 sm bebas asid & tahan lama

Terbit: 2008 (ISBN 983-9510-14-10)

Pengkaji: S.W.R. Mulyadi, Ph.D. dan V.I. Braginsky, Ph.D.