Kulit Keras (kulit asli Bonded Leather)
Saiz: 6″x9″
Kertas: Long Life 80 gsm bebas asid & tahan lama Terbit : 2001 (ISBN 983-9510-06-1; hIm 556)
Pengkaji: Teuku Iskandar Teuku Ali Basyah, Ph.D.
Sumber& Keunggulan:
Leiden Cod. Or. 1954, Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda.
Dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan
Iskandar Muda Aceh (1606-1636) sewaktu berlakunya pertumbuhan fikrah dan wacana ilmu yang pesat dalam sejarah & kesusasteraan Melayu.
Acch merupakan pusat tamadun Melayu-Islam yang besar & kuat selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Dalam hikayat ini pembaca dapat melihat sejarah kebesaran kerajaan Melayu-Islam Acch pada zaman itu, perhubungannya dengan dunia luar, khususnya dengan negeri-negeri dari dunia Asia-Barat, pertembungannya dengan kuasa-kuasa luar dari Eropah (Portugis & Belanda).
Karya ini dikarang dalam bahasa Melayu, bukan dalam bahasa Acch atau bahasa Arab, membuktikan bahawa bahasa Melayu menguasai rantau ini dalam pertumbuhan kegiatan penulisan & pemikiran yang luar biasa hasil tamadun yang tinggi.
Kulit Keras (kulit asli Bonded Leather)
Saiz: 6″x9″
Kertas: Long Life 80 gsm bebas asid & tahan lama Terbit : 2001 (ISBN 983-9510-06-1; hIm 556)
Pengkaji: Teuku Iskandar Teuku Ali Basyah, Ph.D.