YAYASAN KARYAWAN
PEGAWAI TADBIR DAN SUMBER MANUSIA

Yayasan Karyawan adalah sebuah syarikat berhad menurut jaminan (CLBG) yang ditubuhkan untuk memartabatkan dan menterjemahkan Karya-Karya Agung dan Tinta Kencana. Yayasan Karyawan bertanggungjawab dalam menyelaras dan menerbitkan naskhah-naskhah tersebut agar dapat terus dipelihara dan bermanfaat untuk generasi seterusnya. Yayasan Karyawan mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan satu (1) jawatan Pegawai Tadbir dan Sumber Manusia di Yayasan Karyawan.

Jawatan : Pegawai Tadbir dan Sumber Manusia
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Gaji Permulaan : Gaji Minimum: RM2,900.00 ( tidak termasuk elaun)
Insentif Lain : Elaun Bantuan Sara Hidup – RM300.00
Elaun Imbuhan Tetap Perkhidmatan – RM150.00
Elaun Telefon – RM50.00
Kelayakan Umur : 21 tahun hingga 40 tahun
Jumlah kekosongan : 1 Jawatan

Tugas dan Tanggungjawab Utama:
1. Bertanggungjawab membantu Ketua Eksekutif (KE) dalam menjalankan tugas-tugas berkaitan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan pengurusan Yayasan Karyawan. Turut berperanan membantu KE dalam pengurusan dan pentadbiran Yayasan Karyawan dalam memastikan pencapaian maksimum Key Performance Indicator yang telah ditetapkan oleh Lembaga Amanah Yayasan Karyawan.


2. Bertanggungjawab dalam menyediakan laporan-laporan dan kertas-kertas pertimbangan yang lengkap dan komprehensif untuk dibawa ke pertimbangan dan makluman Lembaga Amanah Yayasan Karyawan.


3. Bertanggungjawab dalam memastikan segala urusan kepatuhan (compliance) dengan agensi-agensi yang berkait dengan Yayasan Karyawan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah teratur dan dipatuhi dari semasa ke semasa.


4. Bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program yang berkaitan dan dapat menentukan hala tuju dan objektif Yayasan Karyawan.

Syarat Lantikan
i) Calon-calon hendaklah memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


ii) Calon-calon lepasan baru juga boleh memohon. Calon-calon yang mempunyai minimal pengalaman bekerja terutamanya di dalam bidang sumber manusia, pentadbiran dan pengurusan selama 1 ke 2 tahun akan diberi keutamaan.

iii) Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.


iv) Calon-calon mestilah mempunyai kemahiran interpersonal yang baik, mempunyai daya kepimpinan yang baik, boleh bekerja dengan penyeliaan yang minimum, boleh bekerja berpasukan dan mempunyai keinginan untuk belajar.


Cuti Tahunan : 25 hari setahun
Perubatan : Rawatan doktor kerajaan/swasta bagi diri sendiri suami/isteri (rawatan luar negara) tidak ditanggung dan rawatan pakar di atas perakuan Ahli Lembaga Amanah Yayasan Karyawan atau mengikut polisi insurans yang telah ditetapkan oleh Ahli Lembaga Amanah Yayasan Karyawan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 06 DISEMBER 2023 (RABU)
CARA MEMOHON:
Calon-calon yang berminat perlu menghantar salinan resume (CV) yang terkini, salinan sijil akademik yang tertinggi dan lain-lain dokumen yang berkaitan dan hendaklah dikemukakan melalui pos atau serahan tangan kepada:

Ketua Eksekutif
Yayasan Karyawan
Aras Bawah, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka
Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka
50460 KUALA LUMPUR
atau e-mel ke

[email protected]

TEMUDUGA: 
Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri sesi temuduga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temuduga dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan ini. Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
 
KEPUTUSAN: 

Keputusan temuduga hanya akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Keputusan pelantikan rasmi akan dimaklumkan setelah mendapat perakuan lantikan daripada Ketua Eksekutif (KE) Yayasan Karyawan. 

PERTANYAAN: 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi pegawai berikut: 

Encik Mohd Hafizan bin Amiti ditalian; 011-2132 5334 / 03-2144 2745 

Atau e-mel ke [email protected]