Sayr Al-Salikin (4 JILID) – Kulit Lembut (Copy)

RM1,000.00

Sumber& Keunggulan:

Naskhah Dasar; Naskhah Perpustakaan Nasional Republik Indonesia, No. Ruj. Rol 361, 362, 363 dan 364, karya Sheikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani.

Sayr al-Sālikīn Ilā ‘Ibādati Rabbi al-‘ālamīn bermaksud perjalanan orang yang menuju kepada beribadat terhadap Tuhan seru sekalian alam, karya Sheikh ‘Abdul Samad al-Palembani, satu-satu karya tersohor dalam bidang ilmu tasawwuf yang pernah wujud di rantau Alam Melayu. Seperkara yang harus disebutkan ialah mengenai catatan pengarang mengatakan bahawa Sayr al-Sālikīn adalah usaha terjemahan daripada Lubab Ihyā ‘Ulumu al-Dīn Imam al-Ghazali. Namun setelah diteliti seluruh manuskrip berjumlah 2796 halaman oleh para pengkaji, ternyata ia bukanlah sebuah karya terjemahan. Sebaliknya ia merupakan karangan ‘Abdul Samad sendiri , kerana terdapat di dalamnya sentesis idea yang diperoleh daripada pelbagai karya tasawwuf para ‘ulamak sufi serta adaptasi, penambahan dan penyesuaian selaras dengan realiti budaya setempat. Sayr al-Sālikīn terdiri daripada empat juzuk (juzuk pertama 5 bab, juzuk kedua 8 bab, juzuk ketiga 10 bab dan juzuk keempat 10 bab) merangkumi aspek ilmu, akidah. ibadah dan akhlak , dibahas menurut pendekatan tasawwuf: yakni perkara-perkara muhlikāt (yang membinasakan) dan munjiyāt (yang menyelamatkan). Kesimpulan yang dapat diperkatakan mengenai Sayr al-Sālikīn adalah selain daripada khazanah ilmu yang disumbangkan dalam korpus bidang tasawwuf, ia juga berperanan mengembalikan keabsahan waḥdat al-wujūd sesuai dengan tasawwuf sunni yang menjadi pegangan pemikiran kesufian dan amalan umat Islam di rantau alam Melayu.

Category:

Edisi K. Lembut

Saiz: 6″x9″

Kertas:Long Life 80 gsm bebas asid & tahan lama

Terbit: 2022;

Jilid 1  ISBN 983-9510-45-4; 1458 hlm.;

Jilid 2 ISBN 983-9510-46-1; 1470 hlm.;

Jilid 3 ISBN 983-9510-47-8; 1179  hlm.;

Jilid 4 ISBN 983-9510-48-5; 1582 hlm.;

Pengarang: ‘Abd al-Samad al-Falimbani

Pengkaji: Ghazali Basri, Ph.D, Khalif Muammar A.Haris, Ph.D, Mohd Mokhtar Shafii, & Noriah Mohamed, Ph.D,