Cerita Jenaka Melayu

RM160.00

Sumber& Keunggulan:

Dalam edisi karya agung ini, termuat sebelas buah cerita jenaka Melayu, iaitu Hikayat Sang Kancil, Pelanduk dengan Anak Memerang, Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir, Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Hikayat Pelanduk Jenaka, Hikayat Musang Berjanggut dan Hikayat Abu Nawas.

Fungsi Cerita Jenaka bukan sahaja sekadar hiburan malah menjadi alat penyampaian ilmu yang biasanya disampaikan oleh tukang cerita. Begitulah salah satu cara orang Melayu dahul kala menyampaikan seseuatu ilmu atau pengajaran, iaitu melalui cerita. Misalnya daripada cerita Pak Kaduk, pengajaran atau ilmu yang ditinggalkan ialah “Menang Sorak Kampung Tergadai”, Melalui cerita ini, kita dapat melihat bagaimana orang desa yang tidak “berkuasa” tidak mempunyai pilihan apabila berhadapan dengan pihak yang berkuasa sehingga dia terpaksa menyerahkan atau menukarkan “hak”nya atau asetnya (iaitu ayam sabung yang jaguh) dengan “aset” yang tidak berharga milik pihak berkuasa. Cerita ini menggambarkan kebijaksanaan rakyat iaitu orang Melayu mentafsirkan keadaan sosial dan struktur kuasa masyarakatnya.

Category:

Kulit Keras (kulit asli Bonded Leather)

Saiz: 6″x9″

Kertas: Long Life 80 gsm bebas asid & tahan lama

Terbit: 2007 (ISBN 983-9510-13-4; 511 him)

Pengkaji: Mohd Taib Osman, Ph.D