Yayasan Karyawan

PENGENALAN

YAYASAN KARYAWAN

Yayasan Karyawan ditubuhkan pada 30 Ogos 1996 di bawah Akta Syarikat (Malaysia). Tujuan penubuhannya ialah untuk mengkaji dan menerbitkan KARYA AGUNG MELAYU, KARYA AGUNG DUNIA MELAYU dan KARYA AGUNG DUNIA di dalam bahasa Melayu. Karya Agung Melayu yang dipilih untuk diterbitkan merupakan karya agung kesusasteraan tradisional Melayu dan juga “Dunia Melayu” yang tertulis dalam bahasa-bahasa serumpun misalnya karya agung Jawa, Bugis, Makasar, Aceh, Minangkabau dan lain-lain.

Yayasan Karyawan juga berusaha menerbitkan Karya Agung Dunia yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Badan ini juga menjalankan kajian dan penterjemahan ke dalam bahasa Melayu karya-karya agung pilihan daripada tamadun bangsa-bangsa di luar dunia Melayu, antaranya karya agung Arab (Islam), karya agung Asia (China, India, Jepun, Thailand, Korea, Vietnam dan lain-lain), karya agung Barat, karya agung Afrika, dan karya agung Amerika Selatan.

Aktiviti Terkini

YAYASAN KARYAWAN DI MINGGU PERPADUAN 2026

Yayasan Karyawan akan menyertai program Minggu Perpaduan 2026 yang akan berlangsung pada 15 hingga 17 Mei 2026 di Muzium Negara. Program tahunan ini bertujuan...

YAYASAN KARYAWAN DI KOTA BACA 2026

Yayasan Karyawan telah menyertai program Kota Baca 2026 yang berlangsung pada 24 hingga 26 April 2026 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Penyertaan ini merupakan...

PESTA BUKU ANTARABANGSA SELANGOR 2025

Yayasan Karyawan telah menyertai Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025 yang berlangsung pada 28 November hingga 7 Disember 2025 di Pusat Konvensyen Setia City, Hall...

PERSIDANGAN ANTARABANGSA KARYA AGUNG MELAYU 2025

Yayasan Karyawan telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Karya Agung Melayu (PAKAM) 2025 yang mengangkat tema “Karya Agung Melayu: Penyatuan antara Tradisi dan Teknologi” pada 24...

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BERCERITA & MENULIS ULASAN BUKU KARYA AGUNG MELAYU

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Bercerita & Menulis Ulasan Buku Karya Agung Melayu 2025 Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis Ulasan Buku Karya Agung Melayu 2025 Majlis Penyampaian...

PERTANDINGAN BERCERITA KARYA AGUNG MELAYU 2025

Pertandingan Bercerita Karya Agung Melayu 2025 Pertandingan Bercerita Karya Agung Melayu 2025 telah berjaya dianjurkan pada 1 Jun 2025 bertempat di Pentas Utama, World Trade...

REGISTER

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.