
YAYASAN KARYAWAN
PENGENALAN
YAYASAN KARYAWAN
Yayasan Karyawan ditubuhkan pada 30 Ogos 1996 di bawah Akta Syarikat (Malaysia). Tujuan penubuhannya ialah untuk mengkaji dan menerbitkan KARYA AGUNG MELAYU, KARYA AGUNG DUNIA MELAYU dan KARYA AGUNG DUNIA di dalam bahasa Melayu. Karya Agung Melayu yang dipilih untuk diterbitkan merupakan karya agung kesusasteraan tradisional Melayu dan juga “Dunia Melayu” yang tertulis dalam bahasa-bahasa serumpun misalnya karya agung Jawa, Bugis, Makasar, Aceh, Minangkabau dan lain-lain.

Yayasan Karyawan juga berusaha menerbitkan Karya Agung Dunia yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Badan ini juga menjalankan kajian dan penterjemahan ke dalam bahasa Melayu karya-karya agung pilihan daripada tamadun bangsa-bangsa di luar dunia Melayu, antaranya karya agung Arab (Islam), karya agung Asia (China, India, Jepun, Thailand, Korea, Vietnam dan lain-lain), karya agung Barat, karya agung Afrika, dan karya agung Amerika Selatan.
Aktiviti Terkini
JAWATAN KOSONG
YAYASAN KARYAWANPEGAWAI TADBIR DAN SUMBER MANUSIA Yayasan Karyawan adalah sebuah syarikat berhad menurut jaminan (CLBG) yang ditubuhkan untuk memartabatkan dan menterjemahkan Karya-Karya Agung dan Tinta...